Wednesday, November 12, 2008

KAMUS AL QUR-AN VERSI BAHASA MELAYU


KAMUS AL QUR-AN VERSI BAHASA MELAYU.

Respon dari akhbar Utusan Malaysia lewat tarikh 10 Oktober 2008.

Sesungguhnya tak dapat disangkal bahwa bahasa yang paling indah dan berpengaruh di dunia ini adalah, bahasa alQur-an. Dengan struktur ayat, gaya bahasa, kesusasteraanya. Ia mampu memukau dan menarik perhatian sesiapa sahaja samada seseorang itu memahaminya atau tidak. Bagi yang memahaminya pula, sudah pasti akan terbuai dan tersentuh hati dengan makna2 yang disampaikan. Masakan tidak, sedang bahasa alQur-an itu adalah KALAM ALLAH. Kalimah2 TUHAN kita, ALLAH S.W.T.

Namun, tidak semua manusia tahu dan faham dengan sebenar2nya akan kalam2 ALLAH itu, yang telah diwahyukan dalam bahasa Arab kepada Muhammad s.a.w itu, sekalipun bangsa Arab sendiri. Lantaran itulah banyak pihak yang berusaha memudahkan umat manusia memahami bahsa alQur-an bagi memahaminya dengan lebih baik, menghayati lantas memanfa3atkan apa yang tersurat juga tersirat dari setiap kalam ALLAH , sejak dari zaman berzaman.

Terkini, berita baik buat semua rakyat Malaysia adalah penghasilan buku ‘KAMUS AL QUR-AN – PANDUAN MUDAH MENCARI AYAT DAN KATA DALAM AL QUR-AN ‘ . Buku setebal lebih 1000 halaman ini mengguna pelbagai pendekatan dan metod. Dihasilkan oleh sekumpulan ahli akademik di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) . ianya telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersempena Seminar Warisan Al Qur-an dan al Hadits Nusantara anjuran APIUM pada Ogos lalu.. Setakat ini, ia adalah satu2nya buku seumpamanya yang merupakan karya asli yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia. Sebelum ini, kebanyakan kamus2 al Qur-an berbahasa Malaysia adalah hasil terjemahan dari kamus asal bahasa Arab atau yang diadaptasi dari terjemahan Indonesia.

Buku yang mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan ini, mengguna lebih daripada 10 sumber rujukan kitab tafsir yang muktabar. Diusahakan oleh kumpulan yang terdiri daripada 8 orang panel penyelidik bersama 5 penyelidikan dengan masing2 2 orang penyemak serta penyunting dan pembaca pruf itu diketuai oleh pensyarah di Jabatan al Qur-an dan al Hadits APIUM, Prof. Dr. Zulkifli Mohd Yusuf.

Penghasilan naskhah Kamus al Qur-an asli dalam bahasa Melayu ini meliputi metod makna sesuatu lafaz bahasa, lafaz al Qur-an, lafaz ayat, dan kalimah yang merangkumi tafsiran berdasarkan asbab nuzul, pendapat2 ulamak muktabar, qiraat, syair serta rumusan dari tafsiran sesuatu ayat. Buku yang dihasilkan di bawah pembiayaan penyelidikan Universiti Malaya ini disusun mengikut abjad rumi yang menjelaskan makna dalam bahasa Malaysia terhadap sesuatu kata pada semua aspek nahu bahasa Arab.

‘KAMUS AL QUR-AN – PANDUAN MUDAH MENCARI AYAT DAN KATA DALAM AL QUR-AN’ dijangka berada di pasaran Disember ini pada harga rm100 lebih senaskhah.


End.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Mana dak dapat Kamus Alquran ni? bila akan ada dipasaran?