Thursday, November 12, 2009

HAY-ON-WYE : kampung buku tertua di dunia



Kampung buku pertama di dunia

Oleh Shaharom TM Sulaiman
ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 01/04/2003

HAY-ON-WYE bukanlah sebuah kampung istimewa, terpencil jauh dari kota-kota utama di Wales dan England. Terletak di daerah Wales (di pertengahan antara Bristol dan Birmingham) Hay-On-Wye hanya `memiliki' taman pergunungan Black Mountain. Namun, pada akhir 1970-an, berkat usaha pengasasnya, Richard Booth, `Hay' berjaya menjadi kampung buku pertama di dunia dan memiliki lebih daripada sejuta koleksi buku sama ada yang nadir, lama mahupun buku terpakai.

Hay-On-Wye pada asalnya sebuah kampung lama yang ditinggalkan orang dan telah dihuni oleh Booth dengan keluarganya sejak 1903. Booth berfikir bagaimana untuk membangunkan kampungnya dan menjadikannya perhatian masyarakat dunia dan yang ada di benaknya ialah mewujudkan sebuah kampung buku. Paling menarik selain dari koleksi bukunya, `Hay' juga akan menjadi tarikan kepada para pelancong. Booth begitu yakin kerana ideanya tentang Hay-On-Wye amat unik dan boleh menjadi kawasan perniagaan yang kompetitif.

Langkah awalnya mendirikan Cinema Bookshop yang kemudiannya sebuah toko buku terpakai antara yang terbesar di dunia dengan koleksi lebih daripada 200 ribu jilid. Di samping menjadi pencinta buku yang lahap, Booth mempunyai keperibadian dan daya tarikan yang tersendiri.

Dia tahu bagaimana untuk menarik perhatian media dan merancang publisiti. Pada April 1977, Booth mendeklarasikan Home Rule of Hay dan mengangkat dirinya sebagai Raja Hay. Namun begitu, beberapa tahun kemudian, Kampung Hay hanya dilihat sebagai sebuah kampung buku yang unik kerana selepas itu telah muncul kampung-kampung buku lain seperti Redu (Belgium), Montolieu (Perancis), Bredevoort (Belanda). Dikatakan sudah terdapat 23 buah kampung buku di serata dunia termasuklah Kampung Buku Langkawi yang akhirnya membentuk Gerakan Kampung Buku.

Hay-On-Wye ternyata memberi pulangan ekonomi dan dalam keadaan tertentu memberi rahmat kepada ekonomi Wales. Hotel-hotel, restoran tidak termasuk toko buku telah muncul dengan maraknya.

Setiap tahun terdapat kira-kira lima juta orang yang mengunjungi kampung Hay yang mempunyai penduduk seramai 2,000 orang. Kini, terdapat lebih dari 39 toko buku terdapat di kampung ini.

Setiap Mei, Hay-On-Wye merayakan hari kecintaannya kepada buku dengan mengundang para pencinta buku dari seluruh dunia untuk menghadiri Festival of Literature. Pada musim panas terdapat pula Jazz Festival.

Booth juga terpilih sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi Gerakan Kampung Buku Dunia. Cerita-cerita menarik Hay-On-Wye dan perjuangan Booth boleh dinikmati dalam bukunya, My Kingdom of Books: An Autobiography.

Perjuangan Booth sebenarnya `mengilmukan' masyarakat yang tentunya jauh lebih baik daripada perjuangan `mempolitikkan' masyarakat.

Thursday, May 21, 2009

si penghafal kamus

salam.

saya nak berkongsi satu pembacaan saya tentang 'AMMON SHEA'( artikel ini saya jumpa dr keratan surat khabar yg sy simpan. maaf sy lupa mencatatkan tarikhnya. ia adalah hasil tulisan Roosfa Hashim, seorang pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM.)

Anda kenal siapa Ammon Shea? he.
Dia adalah seorang manusia biasa, yang luar biasanya cuma dia mempunyai hobi atau kesukaan yang mungkin buat orang lain rasa tak mampu melakukannya sekalipun membayangkannya. (he.n sy sebahgian dr 'orang lain' itu mungkin. ;=P ) iaitu menghafal kamus!

Ammon Shea bukanlah seorang penyusun kamus atau leksikografer. Dia merupakan seorang pemunggah perabot di kota new York, juga seorang pendayung gondola di limbungan kapal di San Diego, bahkan dia juga adalah seorang pemuzik jalanan di lorong-lorong dan di stesen kereta api bawah tanah di kota Paris. Sebagai peniup saksofon, Ammon Shea gemar memainkan lagu-lagu berirama jazz.

Lelaki berusia lingkungan 37 tahun ini ( umur pada tarikh artikel ini disiar) ada menulis dan mengabadikan pengalamannya menghafal kamus2 dalam buku yang baru diterbitkannya yang berjudul
READING THE OED: ONE MAN , ONE YEAR, 21,730 PAGES'



klik sini