Friday, November 14, 2008

tips mencari membeli buku2 agama

salam juma3at buat semua.

smoga selalu dalam keberkatan ALLAH dan dalam keta3atan pada-NYA. moga2 telah tertunai dan akan tertunai segala tanggungjawab dan bukti kecintaan kita pada-NYA hari ini, bermula dari pagi hingga penghujung malam nanti.

dah sangat lama sy nak kongsi sedikit tips/langkah2/kaedah mencari dan kemudian membeli buku2 agama (terutamanya).

ini adalah sekadar panduan bagi mereka yang tak berapa tahu, bagi yang dah biasa buat, sekadar peringatan.

1- (paling muhim/penting) belilah buku2 agama yang ada sumber rujukan di belakang buku tersebut.

2- lebih bagus, ada nota kaki di setiap muka surat yang diselitkan ayat2 alQur-an terlebih2 lagi yang disertakan hadits. supaya kita bleh tahu, di mana ayat2 alQur-an tersebut (jika mahu dirujuk kembali kalimah arabnya) atau supaya kita tahu samada hadits yang diletakkan tu soheh (dipercayai dengan yakin dari Nabi s.a.w) atau hadits maudhu3 (yang direka2/tipu/bukan dari Nabi s..a.w)

3- lagi satu sebab pentingnya 2 perkara di atas ialah, selalunya buku2 agama yang ada sumber rujukan maupun nota kaki lebih selamat, dan tidak ada padanya kisah2/unsur2 isroeiliyat. kisah isroeiliyat ni macam kisah dongeng/mulut ke mulut/turun temurun bangsa yahudi yang tidak diketahui kesohihannya. selalunya sekadar penyedap cerita. untuk yang selanjutnya klik
di sini

4- pilihlah penerbitan yang boleh dipercayai.

5- pilih juga penulis yang boleh dipercayai. yang biasa saudara/ri baca tulisannya/pernah dengar dia berceramah di mana2 (tv/radio)

No comments: