KAMUS ISLAM - KRISTIAN 2012
bismillAhirrohmAnirrohIm…
Salam buat semua, kali ini sy nak berkongsi satu berita tentang sebuh buku. Sy petik daripada satu laporan dari akhbar berita harian bertarikh 14 April 08.
Dari Washington : dilaporkan sebuah kamus mengenai persamaan dan perbezaan antara agama Islam dan Kristian sedang dirangka oleh 3 penyelidik Amerika Syarikat dengan bantuan sarjana agama, imam, paderi dan pakar antara agama.
Tujuan buku itu dirangka adalah agar golongan bakal2 paderi, penuntut2 sekolah Islam, orang ramai dalam bidang komunikasi, kerajaan dan perniagaan, menyedari kepentingan hubungan antara kedua-dua agama. Kamus itu akan bertindak sebagai focus kepada disiplin hubungan Islam dan Kristian pada peringkat antarabangsa. Ia juga diharap dapat meningkatkan persefahaman antara Islam dan Kristian, demikian kata Pengarah Eksekutif Pusat Wackerlin bagi Agama dan Tindakan, Universiti Aurora, En. Martin Forward kepada akhbar Vindy.
Kira2 60 cerdik pandai agama, imam, paderi dan pakar antara agama dari seluruh dunia akan memberi sumbangan masing2 kepada Kamus Hubungan Islam – Kristian itu, yang akan mempunyai sehingga 900 pendaftaran yang diatur mengikut abjad mengenai manusia, tempat, teologi, mazhab, ayat2 suci dan teks utama lain.
Sebagai contoh, kata En. Forward; kamus itu akan menerangkan , sebagai contoh, bagaimana penganut Islam dan Kristian menilai Jesus atau Nabi Isa. Di mana bagi penganut Kristian, Jesus meninggal dunia kerana disalib dan dihidupkan kembali, sedangkan bagi umat Islam, Jesus tiada kena mengena dengan penderitaan. Sebaliknya, Nabi Isa adalah antara rosul dan baginda adalah anak kepada Maryam, bukannya anak Tuhan.
Kamus Hubungan Islam – Kristian itu akan diterbitkan pada 2012 oleh Cambridge University Press.
Bagi sy, kehadiran buku itu pastinya akan memberi manfaat, bahkan akan sangat memudahkan dan dinanti2kan oleh mereka yang berada dalam bidang perbandingan agama, terutama pelajar2, juga untuk orang2 awam yang berminat. Buku itu juga, pastinya bermanfa3at buat umat Islam, buat kita kerna setelah membacanya kita akan lebih kenal dengan agama yang kita anuti ini dan lebih tahu di mana dan apa yang menyebabkan agama Islam, agama anutan kita ini lebih sempurna dan lebih benar dari agama2 lain.
No comments:
Post a Comment