Tuesday, December 23, 2008

berita baik

salam

alhamdulillah...syukur amat sangat pada-NYA.

bagi mereka2 yg de tempah buku 'CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA' yang da lama sangat2 tu...berita baik, ensha ALLAH dalam 2 minggu ni akan dapat.

terima kaseh TUHAN! kerna mendengarkan dan memudahkan urusan kami. ameeen...

Friday, November 21, 2008

CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA


CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA

bismillAhirrohmAnirrohIm...

salam buat semua. salam dan lafaz maaf dari sy buat mereka2 yang telah menempah buku 'cinta di rumah hassan al-banna' dengan sy. sy tak tau nak kata apa, sy serahkan sume pada-NYA. harap2 buku tu akan tiba juga.

beberapa waktu dulu, henset sy dihujani sms bertanya tentang buku tersebut. begitu juga emel. sy jadi tercengang, tercengang kerna kenapa semua bertanyakan tentang buku yang sama? padahal sy sendiri baru dengar tajuk buku tersebut dan sy xde menjualnya. tertanya2 juga mengapa mereka bertanya pada sy. tapi, oleh kerna blog pondokbuku-rkukaudya tu memang sy dirikan khas untuk mereka yang antaranya mahu sy carikan buku2 yang sukar ditemui di kedai2 berdekatan, maka sy usahakan juga. (dan setelah sy cek, sy da tahu kenapa.he.terima kaseh buat adek tersebut, sekurang2nya buat pondok buruk sy tambah dikenali.he)

sy da buat tempahan, mula2 terus dari indonesia, tapi, beberapa kesulitan, menyebabkan sy tangguhkan menempah dari sana dan cuba mencari di dalam malaysia sahaja. dan alhamdulillah sy berjaya, bayaran pun telah dibuat, untuk memenuhi permintaan mereka2 yang telah menmpah dengan sy. tapi sadisnya...hingga kini, masih belum ada hasilnya. tiada respon baru yang sy dapat.

jadi, buat yang telah menempah, sy mohon maaf atas kelewatan buku itu, ianya bukan dari pihak sy. harap dapat sabar menunggu, dan harap dapat sama2 berdoa yang buku tersebut sampai dengan selamat dan segera.




Tuesday, November 18, 2008

manfa3atkan masa cuti

salam.

bismillAhirrohmAnirrohIm...

salam cuti skolah buat smua adek2, juga buat cekgu cekgi.

dah 2 hari ( klo ikut hari isnin) tapi sebenarnya da 4/5 hari (klo ikut dari hari sabtu dan sesetengahnya dah mula cuti hari jumaat). jadi bagaimana ye? harap2 tak sekadar mengisi masa2 cuti tu dengan tidur, berehat2,dan membuat benda2 yang tak berfaedah apatah lagi yang lagha ( yang sia2 bahkan membawa dosa).

sebaiknya, kita isi dengan membuat kerja2 yang tetap santai tapi still beri manfa3at, keberuntungan buat kita sendiri, juga membawa pahala. kalau masa skola aritu sibuk sangat hingga tak sempat buat perkara2 sunat dan kebajikan2. so inilah masanya. buat solat2 sunat, banyak2 baca Qur-an, ringan2 tolong keluarga dan saudara mara, lapang2kan dada bersodaqoh dan baaaaaaaaaaaaaaanyak lagi.

waktu2 ni juga, leh bagi lebih2 sket makanan untyuk jiwa kita, iaitu dengan membaca. bacalah buku2 yang anda suka. tapi janganlah yang tidak membina. buku2/majalah2 yang membina tak semestinya kena genre yang berat2. kadang2 yang ringan2 pun leh membina minda kita, yang penting cari bahan bacaan yang leh wat kita jadi lebih baik. jangan la baca bahan2 yang tak senonoh. hiburan2 yang sekadar mengumpat, memperkatakan pasal orang lain, yang dedah2 aurat orang lain. ingat... kita dalah apa yang kita baca, dan kita akan dipersoalkan malah dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita baca.

sebenarnya saya nak kongsi satu benda yang mungkin leh mengisi masa2 cuti adek2, cekgu cekgi maupun ibu bapa if ada yang berminat...




amacam? klo nak tau lebih lanjut, sila la ke sini

Saturday, November 15, 2008

KAMUS ISLAM - KRISTIAN 2012

KAMUS ISLAM - KRISTIAN 2012

bismillAhirrohmAnirrohIm…

Salam buat semua, kali ini sy nak berkongsi satu berita tentang sebuh buku. Sy petik daripada satu laporan dari akhbar berita harian bertarikh 14 April 08.

Dari Washington : dilaporkan sebuah kamus mengenai persamaan dan perbezaan antara agama Islam dan Kristian sedang dirangka oleh 3 penyelidik Amerika Syarikat dengan bantuan sarjana agama, imam, paderi dan pakar antara agama.

Tujuan buku itu dirangka adalah agar golongan bakal2 paderi, penuntut2 sekolah Islam, orang ramai dalam bidang komunikasi, kerajaan dan perniagaan, menyedari kepentingan hubungan antara kedua-dua agama. Kamus itu akan bertindak sebagai focus kepada disiplin hubungan Islam dan Kristian pada peringkat antarabangsa. Ia juga diharap dapat meningkatkan persefahaman antara Islam dan Kristian, demikian kata Pengarah Eksekutif Pusat Wackerlin bagi Agama dan Tindakan, Universiti Aurora, En. Martin Forward kepada akhbar Vindy.

Kira2 60 cerdik pandai agama, imam, paderi dan pakar antara agama dari seluruh dunia akan memberi sumbangan masing2 kepada Kamus Hubungan Islam – Kristian itu, yang akan mempunyai sehingga 900 pendaftaran yang diatur mengikut abjad mengenai manusia, tempat, teologi, mazhab, ayat2 suci dan teks utama lain.

Sebagai contoh, kata En. Forward; kamus itu akan menerangkan , sebagai contoh, bagaimana penganut Islam dan Kristian menilai Jesus atau Nabi Isa. Di mana bagi penganut Kristian, Jesus meninggal dunia kerana disalib dan dihidupkan kembali, sedangkan bagi umat Islam, Jesus tiada kena mengena dengan penderitaan. Sebaliknya, Nabi Isa adalah antara rosul dan baginda adalah anak kepada Maryam, bukannya anak Tuhan.

Kamus Hubungan Islam – Kristian itu akan diterbitkan pada 2012 oleh Cambridge University Press.

Bagi sy, kehadiran buku itu pastinya akan memberi manfaat, bahkan akan sangat memudahkan dan dinanti2kan oleh mereka yang berada dalam bidang perbandingan agama, terutama pelajar2, juga untuk orang2 awam yang berminat. Buku itu juga, pastinya bermanfa3at buat umat Islam, buat kita kerna setelah membacanya kita akan lebih kenal dengan agama yang kita anuti ini dan lebih tahu di mana dan apa yang menyebabkan agama Islam, agama anutan kita ini lebih sempurna dan lebih benar dari agama2 lain.

Friday, November 14, 2008

tips mencari membeli buku2 agama

salam juma3at buat semua.

smoga selalu dalam keberkatan ALLAH dan dalam keta3atan pada-NYA. moga2 telah tertunai dan akan tertunai segala tanggungjawab dan bukti kecintaan kita pada-NYA hari ini, bermula dari pagi hingga penghujung malam nanti.

dah sangat lama sy nak kongsi sedikit tips/langkah2/kaedah mencari dan kemudian membeli buku2 agama (terutamanya).

ini adalah sekadar panduan bagi mereka yang tak berapa tahu, bagi yang dah biasa buat, sekadar peringatan.

1- (paling muhim/penting) belilah buku2 agama yang ada sumber rujukan di belakang buku tersebut.

2- lebih bagus, ada nota kaki di setiap muka surat yang diselitkan ayat2 alQur-an terlebih2 lagi yang disertakan hadits. supaya kita bleh tahu, di mana ayat2 alQur-an tersebut (jika mahu dirujuk kembali kalimah arabnya) atau supaya kita tahu samada hadits yang diletakkan tu soheh (dipercayai dengan yakin dari Nabi s.a.w) atau hadits maudhu3 (yang direka2/tipu/bukan dari Nabi s..a.w)

3- lagi satu sebab pentingnya 2 perkara di atas ialah, selalunya buku2 agama yang ada sumber rujukan maupun nota kaki lebih selamat, dan tidak ada padanya kisah2/unsur2 isroeiliyat. kisah isroeiliyat ni macam kisah dongeng/mulut ke mulut/turun temurun bangsa yahudi yang tidak diketahui kesohihannya. selalunya sekadar penyedap cerita. untuk yang selanjutnya klik
di sini

4- pilihlah penerbitan yang boleh dipercayai.

5- pilih juga penulis yang boleh dipercayai. yang biasa saudara/ri baca tulisannya/pernah dengar dia berceramah di mana2 (tv/radio)

Wednesday, November 12, 2008

KAMUS AL QUR-AN VERSI BAHASA MELAYU


KAMUS AL QUR-AN VERSI BAHASA MELAYU.

Respon dari akhbar Utusan Malaysia lewat tarikh 10 Oktober 2008.

Sesungguhnya tak dapat disangkal bahwa bahasa yang paling indah dan berpengaruh di dunia ini adalah, bahasa alQur-an. Dengan struktur ayat, gaya bahasa, kesusasteraanya. Ia mampu memukau dan menarik perhatian sesiapa sahaja samada seseorang itu memahaminya atau tidak. Bagi yang memahaminya pula, sudah pasti akan terbuai dan tersentuh hati dengan makna2 yang disampaikan. Masakan tidak, sedang bahasa alQur-an itu adalah KALAM ALLAH. Kalimah2 TUHAN kita, ALLAH S.W.T.

Namun, tidak semua manusia tahu dan faham dengan sebenar2nya akan kalam2 ALLAH itu, yang telah diwahyukan dalam bahasa Arab kepada Muhammad s.a.w itu, sekalipun bangsa Arab sendiri. Lantaran itulah banyak pihak yang berusaha memudahkan umat manusia memahami bahsa alQur-an bagi memahaminya dengan lebih baik, menghayati lantas memanfa3atkan apa yang tersurat juga tersirat dari setiap kalam ALLAH , sejak dari zaman berzaman.

Terkini, berita baik buat semua rakyat Malaysia adalah penghasilan buku ‘KAMUS AL QUR-AN – PANDUAN MUDAH MENCARI AYAT DAN KATA DALAM AL QUR-AN ‘ . Buku setebal lebih 1000 halaman ini mengguna pelbagai pendekatan dan metod. Dihasilkan oleh sekumpulan ahli akademik di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) . ianya telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersempena Seminar Warisan Al Qur-an dan al Hadits Nusantara anjuran APIUM pada Ogos lalu.. Setakat ini, ia adalah satu2nya buku seumpamanya yang merupakan karya asli yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia. Sebelum ini, kebanyakan kamus2 al Qur-an berbahasa Malaysia adalah hasil terjemahan dari kamus asal bahasa Arab atau yang diadaptasi dari terjemahan Indonesia.

Buku yang mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan ini, mengguna lebih daripada 10 sumber rujukan kitab tafsir yang muktabar. Diusahakan oleh kumpulan yang terdiri daripada 8 orang panel penyelidik bersama 5 penyelidikan dengan masing2 2 orang penyemak serta penyunting dan pembaca pruf itu diketuai oleh pensyarah di Jabatan al Qur-an dan al Hadits APIUM, Prof. Dr. Zulkifli Mohd Yusuf.

Penghasilan naskhah Kamus al Qur-an asli dalam bahasa Melayu ini meliputi metod makna sesuatu lafaz bahasa, lafaz al Qur-an, lafaz ayat, dan kalimah yang merangkumi tafsiran berdasarkan asbab nuzul, pendapat2 ulamak muktabar, qiraat, syair serta rumusan dari tafsiran sesuatu ayat. Buku yang dihasilkan di bawah pembiayaan penyelidikan Universiti Malaya ini disusun mengikut abjad rumi yang menjelaskan makna dalam bahasa Malaysia terhadap sesuatu kata pada semua aspek nahu bahasa Arab.

‘KAMUS AL QUR-AN – PANDUAN MUDAH MENCARI AYAT DAN KATA DALAM AL QUR-AN’ dijangka berada di pasaran Disember ini pada harga rm100 lebih senaskhah.


End.

Thursday, November 6, 2008

jenis2 manusia 'buku'

bismillAhirrohmAnirrohIm...

ingin berkenalan dgn jenis2 manusia 'buku' ? silakan baca ye... ;=p

- Biblioholisme adalah mereka yg mempunyai hasrat untuk membeli, membaca, menyimpan, dan mengagumi buku yang dicenderungi secara berlebihan. Pelakunya disebut Biblioholik. Singkatnya, kecanduan buku, ketagihan buku. cam gitu lah dan ini berkonotasi negatif. Jadi bukan sekadar kutu buku nih, tapi perkara-perkara dibawah ini benar2 berlaku dan sulit dipercaya. Istilah-istilah di bawah ini dikutip dari buku “Elegi Gutenberg” oleh Putut Wijanarko yang menukil dari buku “Biblioholism, The Literary Addiction” by Tom Raabe.

Bibliomania (gila buku) membeli buku hanya untuk disimpan saja. Contoh dari kes ini adalah Boulard, ahli hukum asal Prancis yang hidup pada abad ke-18. Begitu bernafsu membeli buku-buku, hingga rumahnya tak cukup untuk menyimpan buku2 tersebut. Dia sampai membeli 6 rumah lagi untuk menampung koleksi bukunya (luarr biasaaa…!!). Ketika meninggal Boulard memiliki 600 ribu hingga 800 ribu jilid buku yang baru habis diloakkan setelah lima tahun !!! Problem kegilaannya adalah Boulard tidak membaca buku2 tersebut.

Sedangkan bibliofil (cinta buku) membeli banyak buku dan berharap dapat menguras/mengeluarkan/mendapatkan isi dan kebijakan dari buku-buku tersebut. Lebih waras dari kes diatas, bukan? Richard Heber, asal Inggris dan hidup di abad ke-19 mempunyai koleksi hingga 300 ribu buku yang ditempatkan di delapan rumah miliknya !! Dua berada di London, sedangkan 6 lainnya di Inggris dan Eropah. Heber selalu membaca sampai akhir hayatnya.

Bibliotaph, pengubur buku.penderita gangguan ini terobsesi untuk menaruh buku seaman-amannya sehingga meminta mengubur buku2 koleksinya. Percaya bahwa masa depan manusia akan selamat jika buku karyanya selamat dari persekongkolan penguasa dunia saat itu. John Stewart meminta pembacanya menyimpan bukunya dengan cara sebagai berikut: “Tempatkan dalam kotak anti lembab, kuburkan sedalam tiga meter, dan rahasiakan tempatnya kecuali kepada orang kepercayaanmu”. Seorang bibliotaph lain meminta dikuburkan dengan buku2nya, dengan peti mati terbuat dari kayu bekas rak bukunya.

Bibliocast, sang penghancur buku. Jika seseorang meminjam buku dari teman atau perpustakaan dan membaca/melihat halaman menarik, sanagt tak tahannya untuk memilikinya hingga mengoyaknya, maka dia sudah jadi bibliocast. Ternyata ada juga artis yang punya gangguan sebegini. Mary Shelley, penulis Frankenstein, sering mengoyak halaman kosong di awal atau di akhir buku dan kemudian membuat kapal kertas darinya. Dan, Charles Darwin membelah buku tebal menjadi dua agar mudah dibawa kemana-mana.

Bibliophagi, lagi kacau abis nih. Si pemakan buku dalam erti makan yang sesungguhnya. Sebagian orang pernah melakukannya dengan membakar buku pelajaran, abunya dicampur air, kemudian diminum. Tujuannya supaya ilmu yang tertulis dalam buku tersebut bisa dimengerti dan melekat di otak, terus berharap lulus ujian. Contoh lain: takut dihukum pancung, seorang penulis asal Skandinavia berpura-pura gila dengan memakan bukunya setelah direbus dalam air daging (HEH..?). Lebih teruk lagi, Isaac Volmer memakan bukunya tanpa dimasak sebelumnya. Atau, Theodore Rinking, hidup di abad 17, menerima tawaran memakan buku kontroversialnya, sempat memesan sos khusus untuk itu, demi bebas dari penjara.

Biblionarcissist, terinspirasi dari legenda Narcissus yang mati karena jatuh cinta pada ketampanannya hingga tak makan dan minum. Biblionarcissist gemar mengoleksi buku, menempatkan bukunya di almari khusus dan megah untuk dipamer, dan mengagumi diri sendiri. riya’. -
nah...kita di mana ye? he.

p/s : telah sy petik (dgn ijin)/n sy olah bahasa dr blog ini

Friday, October 31, 2008

menjadi hamba yg berilmu

bismillAhirrohmAnirrohIm...

seandainya seorang makhluk ciptaan ALLAH itu, semua sama, tiada beza di sisi TUHAN melainkan yg membezakannya hanyalah taqwa, maka di dunia ini, yg membezakan seseorang manusia itu dgn manusia yg lain tidak lain hanyalah ilmu.

kerna boleh dikatakan mereka yg tidak berguna adalah yg tidak berilmu. tidak berguna buat dirinya sendiri, juga tidak berguna buat makhluk yg lain. bahkan juga menjadi manusia yg menyusahkan. bukan sekadar menyusahkan dirinya sendiri, bahkan mungkin menyusahkan orang lain. kerna ilmu sangat penting, ilmu mengajar kita, menuntun hidup kita ke jalan yg lebih lurus. lebih teratur. jalan yg benar.

kata2 ini bukan semata2 pandangan, atau dr sudut kaca mata saya (manusia yg hina)semata2. bahkan ALLAH S.W.T sendiri lebih dulu telah menyatakannya dan memberi peringatan kepada kita tentang itu.

pada surah az-Zumar, ayat 9 ; ALLAH telah berfirman :

" katakanlah; 'apakah sama antara orang2 yang mengetahui (berilmu) dengan orang2 yang tidak mengetahui (tak berilmu/jahil)?' "

sesungguhnya orang2 yg berilmu bukan sekadar dihormati dan mendapat tempat di dunia tapi di sisi ALLAH sendiri, ALLAH telah mengangkat orang2 berilmu ke beberapa derajat di sisi-NYA.

sebagaimana kalam-NYA ; dalam surah al-Mujadalah ayat 11 :

" ALLAH mengangkat orang2 yang beriman dari engkau semua dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan kepada beberapa derajat "

semoga kita semua slalu dahagakan ilmu, mencari ilmu.

setiap ilmu di dunia ini adalah ilmu-NYA. sungguh ilmu ALLAH itu tersangat maha luas. dan yg ada pada kita, pastinya tersangat kecil cuma.

salam buat semua

bismillAhirrohmAnirrohIm...

salam buat semua.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. akhernya sy berkesempatan juga dgn izin-NYA utk berkongsi sesuatu tentang dunia buku. dunia ilmu. sekadarnya apa yg saya tahu dr ruang litup ilmu saya yg maha cetek. apa yg bakal saya kongsikan dan coretkan di sini nanti, adalah dr kaca mata dan pemahaman juga pandangan hati saya.

semoga ada faedah dan manfaatnya buat semua.